Hanya tinggal 24 jam je lagi sebelum kasih sayang dapat dijalinkan antara insan sedarah sedaging didua dunia yang berbeza sekarang ini.Esok pagi pukul 10.00am insyallah kami akan bertemu dgn anak kedua kami, putera pertama kami.Satu perasan yang sukar sekali nak diterjemahkan dgn perkataan...excited, gementar, suka, sebak, sabar, takut semuanya bercampur-baur.
Ya Allah,ampunkan dosa kedua ibu bapa kami, ampunkan dosa-dosa kami, Permudahkan perjalanan anak kami ke dunia ini Ya Allah, Bimbinglah perjalanannya didunia ini Ya Allah, Dampinginya selalu Ya Allah. Tunjukkanya jalan yg benar. Sesungguhnya kau maha pengasih dan penyayang.
Wednesday, December 5, 2007
Persiapan terakhir
Wednesday, November 21, 2007
Check Up at Pusrawi
Hari ini pegi Pusrawi utuk periodical check up seperti yang dischedulekan, semalam pegi kelinik kesihatan Kelana Jaya untuk tujuan yang sama, perkembangan R bagus, diameter kepalanya kalau ikut scanner lebih kuang 9.2cm. Dr. Zul kata R mungkin besar berdasarkan perkembagannya yang melangkaui drp umur kandungan, tetapi semuanya OK alhamdulillah...
berbincang dgn Dr. Zul tentang waktu yg sesuai utk kelahiran R, Insyallah dan dgn izinya jua penetapan tarikh ialah pada 7th Dec 2007 8.00am lebih kurang 16 hari lagi kalua kira dari hari nie. Semoga semuanya berjalan seperti yang dirancang.
Dalam posting kali ini aku guna R sebagai kata ganti nama baby kami, sebabnya tadi masa kat Pusrawi jumpa Mie panjang ngan Yati ( bininya ). Dia cakap anaknya yg sulung yg pompuan tu dulu masa scan nampak lelaki,kuar-kuar je pumpuan.Kalau ikut scan yg Dr. Zul dan Dr. Raja kat KPMC buat R nie lelaki tetapi sesungguhnya hanya Allah yg lebih mengetahui dan aku tak kisah dan berharap semuanya sihat dan dipermudahkan....Insyallah.Kalau lelaki kami akan namakan Rayyan Amsyar dan kalau pompuan Ain Raihana.
“Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat, dan Dialah yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya esok. Dan tiada seorangpun
yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (Surah Luqman: Ayat 34)
Saturday, November 17, 2007
Monday, November 12, 2007
1957 Hati Malaya
1957 Hati Malaya, filem terbaru dari Suhaimi Baba.Tengok kat TGV Sunway Pyramid semalam, terjumpa lak ngan Kak Teh sekeluarga...apa lagi terus kirimlah tiket sebab KAk Teh pun tengah beratur.Rayyan lak sentiasa aktif sepanjang filem tu ditayangkan,mungkin dgr MERDEKA! MERDEKA! le tu yang jadi bersemangat tu.
Filem sejarah yang bagus dari segi penceritaan dan garapan watak,pelakon yang bawak watak Tunku dan Datuk On walaupun tak terkenal tapi bagus lakonannya. Dari segi kostum dan background music bagus terutamanya lagu-lalu R Azmi yang sentiasa penyedap halwa telinga yang begitu sinonim dgn muzik tahun 50 an.Cuma agak kurang dari aspek lokasi kerana scene ditempat-tempat bersejarah banyak meggunakan teknik tampalan kesan khas atupun CGI yang tidak berapa menjadik.Memang tak adil kalau nak menyamakan filem Malaysia ngan filem Hollywood terutamaya dari segi kos dan teknik pembuatan tapi pada aku teknik CGI filem Malaysia yg terbaik ialah filem Cicakman.Mungkin kalau Suhaimi Baba menggunakan kepakaran KRU Film aku rasa filem ini lagi umpphhh...Tapi agak menyedihkan jugak sebab aku tengok sambutan filem ini tak seperti yg aku harapkan.Dalam pangungpun nampak kosong je.tak taulah kat mana silapnya samada strategi pemasaran ataupun memang mentaliti orang Melayu yang lebih sukakkan cerita mudah 'OTAI' daripada cerita bermesej spt '1957 HATI MALAYA'.
Tahniah kepada Suhaimi Baba dan krew Pesona Pictures yang berani mengambil risiko 'tidak mengguntungkan' dan 'tidak komersial' dalam menjayakan filem yang mengimbau secara audio dan visual sejarah kemerdekaan negaraku MALAYSIA yang dicintai.
Friday, November 9, 2007
Rumah Terbuka Kami
Alhamdulillah perancangan open house kami ( Bandak dan aku ) telah berjaya dilaksanakan semalam.Aku tempah kek lapis Sarawak ngan puding cendol dari Mat...sedap gak.Banyak gak menu yang disediakan oleh Isteriku dan Kak lia diantaranya nasi minyak,nasi impit,ayam masak kurmak,rendang paru,acar buah,pengat pisang dan kuah kacang. Hanim lak masak western stail, spaghetti bolognese dan fattuchuini carbonara ( klu tak silap spellingnya...).Tugas aku lak membuat air-airan, cocktail buah-buahan dan juga air asam boi jadi pilihan, tapi agak malang kerana air asam boi tak berapa dapat sambutan.Kuihnya plak kuih seri muka, puding cendol, kek lapis Serawak dan karipap disamping kuih-kuih raya yang lain.
Kehadiran tetamu agak menggalakan, Banchik dan family, Kak Teh and family, Along and family,Abg Din, Awin, Zures, Eda dan Zaidi,G and Wan Shuk.
Monday, November 5, 2007
Open House
Posted by
Tiger
at
11:11 PM
0
comments
Labels: http://www.blogger.com/img/gl.align.left.gif, My Closet
Tuesday, October 30, 2007
Automobile Secret
Dapat satu email hari nie, agak menarik walaupun disaat aku postingkan post ini aku pun tak pasti dan blum check lagi keta aku.Walaumacamnapun naluri aku mengatakan betul dan terpanggil nak diabadiakan dalam istiqamah.The Worlds Best Kept Auto Secret.
I have been driving (legally) for over half a century. One would think I would have noticed the little secret on my dash that was staring me right in the face the whole time. Well, I didn't and I bet you probably haven't either.
Quick question, what side of your car is your gas tank filler cap? If you are anything like me, you probably can't remember right away. My solution is to uncomfortably stick my head out the window, strain my neck and look. If you don't do this in your own car you more than likely have done it in a borrowed or rental car.
Well ladies and gentlemen, I'm going to share with you my little secret so you will no longer look like Ace Ventura on your way to the gas station, or put your neck at risk of discomfort or injury.
If you look at your gas gauge, you will see a small
icon of a gas pump. The handle of the gas pump will extend out on either the left or right side of the pump. If your tank filler pipe is on the left, the handle will be on the left. If your filler pipe is on the right, the handle will be on the right (see photo below). It is that simple!
I don't know how you feel about this discovery right now but when I found out this morning , I felt pretty damn cheated!
Why don't the dealers share such important information with car buyers? I don't understand why this isn't in the driver's/owner's manual? And why don't our favorite mechanics think of mentioning this to us all? The only possible explanation can be that all these people probably don't even know themselves!
Saturday, October 27, 2007
Selepas Raya
Hari ini 16 Syawal, dah lebih kurang 2 minggu aku balik dari kampung berhari raya,pelbagai kenangan yang dicoretkan selama hampir 6 hari cuti raya, tahun ini aku beraya kat Pontian dan raya ketiga baru balik Tampin.Tahun depan raya pertama kat Tampin dan insyallah Akak dan Danny akan balik beraya. Dan Insyallah tahun depan Rayyan pun akan beraya sekali,bertambah-tambah keceriaan kami sekeluarga.
Sebenarnya banyak yang aku nak tulis, macam-macam kenangan yg aku nak abadikan kat istiqamah nie, tapi sebab aku amik masa lama sangat nak tulis byk dah lupe, kalau balik hari tu terus tulis mungkin banyak yang boleh aku ingat....tapi walaumacamanapun syukur kpd Allah kerana mengurniakan syawal yang sentiasa mengembirakan untuk diraikan bersama-sama isteriku, emak abah,adik beradik,anak saudara dan ramai lagik.
5 jejaka handsome anak En. Mat Som berhari raya.
Isteriku sedang mengagih-agihkan duit raya dikalangan anak-anak saudaranya yang berjumlah 15 orang ( seronok jadi budak-budak yek )
SELAMAT HARI RAYA...MAAF ZAHIR DAN BATIN...BERTEMU DI SYAWAL YANG LAIN.
Thursday, October 11, 2007
Balik Kampung
Hari ini 30 Ramadhan dan insyallah esok satu syawal, plan pagi ini lebih kurang pukul 2 atau 3 pagi ingat nak balik kampung, balik Tampin dulu lepas buka akan bertolak ke Pontian. Cuti cuma 5 hari ,17th Oct dan start kojo. Walaumacamanapun alhamdullilah ada cuti dan alhamdullilah juga sebab dapat berpuasa 30 hari tanpa masalah. Rayyan pun macam biasa je bulan puasa nie mula-mula je tak berapa active waktu siang tapi lepas buka kembali bertenaga.
Sempena Hari Raya aku selitkan video klip lagu raya bertajuk "Suasana Hari Raya" nyayian Annuar dan Ellina. Ini merupakan antara lagu 'mesti' bila muncul hari raya.
SELAMAT HARI RAYA....MAAF ZAHIR DAN BATIN
Wednesday, October 10, 2007
Bahasa Terindah
Lagu yang mempunyai keindahan alunan muzik dgn bersulamkan bahasa yg cukup puitis.Gabungan yang cukup mantap yang membuatkan aku terpukau, terpesona, sebak setiap kali mendengarnya. Bahasa terindah antara lagu terbaik pada aku.
Jawapan yang bertanya didengar nabi
Antara kagum dan khusyuk setiap...ayatnya
Lereng gunung menjadi amat sunyi
Suara saja tegas bergema
Disampai arah berkias maksud serentak
Tapi jelas intinya
Tidak sedetik pun Allah menghina
Atau mencemuh nabi disisi segala didoa
Dipenuhi segala yang dipinta...
Tulus dan penuh barakah.
Yatim ia tak berlindung
Tidakkah tersedia juga bumbung baginya
Awal begitu bergantung
Kini tidakah merdeka...bebas hidupnya
Artis : Ramli Sarip
Lagu : Ramli Sarip
Lirik : A Samad Said
Tuesday, October 9, 2007
Malam ke 28
Hari ini confirm aku dah kuarkan Istiqamah.blogspot dari mybloglog sebab Istiqamah dah jadi blog peribadi aku, utk aku luahkan perasaan, buat sajak, menulis dan lain-lain lagilah.Sebelum nie aku cuba jadikan Istiqamah agak berbaur commercial dgn google adsense,affiliate program dan lain-lain lagi tapi niat dah berubah sebab aku rasa aku perlukan platform untuk menerobos dan bermain dgn naluri dan minda melalui pemeluahan bermediumkan tulisan.
Hari ini training dgn Mr. C Akagi dari Sanyo Denken, orangnya dah tua tapi kojo laie, umur dia 58 tahun.Dia ajar pasal basic troubleshooting pada machine WIT, Vacuum WIT and Panarobot . Walaupun dah hampir 5 tahun aku tinggalkan tapi rasa-rasanya boleh ingat balik, tapi apa-apa hal pun kene study baliklah semua tu, maklumlah sekarang nie semua dah digital berbanding masa aku datang keje dulu semuanya analog.
Secara peribadi aku nak ucapkan tahniah kpd kawan aku yusri diatas pelancaran websitenya yang pertama visionmastery, secara tak langsung ia mambakar semangat aku untuk terus menerobos dunia perniagaan internet.Semoga beliau dan aku akan berjaya manjadi internet entrepreneur yang berjaya mendatangkan hasil....Insyallah.Dan terimakasih juga pada dia sebab letakkan link survival kit di blog visionmastery.
Oh ya,sempena nak raya nie aku dah letakkan video tentang Jalan TAR dalam video corner.
Monday, October 8, 2007
27 Ramadhan
Hari dah masuk 27 Ramadhan, maksudnya 3 hari lagi insyallah menjelang syawal, dua bulan yang rasa-rasanya hampir semua orang islam tau sequence nya. Persiapan raya alhamdullilah sedehana aje, tak boleh ligat sangat sebab jimat cermat, maklumlah maybank dah potong habis RM 2000 lebih untuk kad kredit, tinggalah RM1000 lebih je nak dibelanjakan.Nasib baik ada isteriku yg kucintai selalu, dialah yg buat budget sedetail-detailnya utk budget raya nie, mungkin ada hikmah disebaliknya ( perkataan yang selalu digunakan oleh isteriku ).
Weekend tu hari pergi jalan TAR, berbondong-bondong manusia dgn agendanya masing-masing.Hari sabtu gi jalan TAR beli tudung dan sebagainya dan hari ahad gi Sogo untuk beli baju dan kasut amirah.Aku pun tangkap sehelai seluar kat Reject shop dan 2 helai baju yang di hadiah oleh isteriku alhamdulillah.
Hari ini aku mc sebab letih bershopping, sebenarnya sekarang aku dah ditukar ke department lain, dari Prod. Engineering ke Quality Control Maintenance, 18th oct lepas raya nanti Mr. Tsubokawa akan datang untuk carried out training, Idea utk organized balik QC maint nie datang dari dialah sebab tu hari dia datang buat inspection pada Quality machine and instrument banyak yang problem,out of spec,bypass dan lain-lain lagi, sebab tu dia report pada Mr. Imai dan dilobi oleh Jason Doss untuk wujudkan balik QC maint ini memandangkan keadaan quality di market yang makin buruk.Pada aku dan macamana selalu hanim cakap "Pasti ada hikmah disebaliknya,aku redha" walaupun aku lebih senang bekerja di Prod. Engineering tapi dalam suasana kilang yang baru pasti Allah lebih mengetahui apa yg terbaik untuk hambanya...insyallah.
Lagi 76 hari lagi insyallah kami akan dipertemukan dengan putera kami, dan dengan rendah diri kami akan menamakanya sebagai Rayyan Amsyar. Rayyan bermaksud disyurga nanti akan ada satu pintu dimana orang-orang yang berpuasa akan melaluinya dan amsyar bermaksud 'yang cergas', dan semoga rayyan amsyar nanti membawa kebaikan kepada agamaya,keluarga dan negara.Insyallah Rayyan yek!
Agak panjang jugak coretan aku kali ini maklumlah dah lama tak menulis,maklumlah bulan puasa nie tak ade mood sangat nak blogging.
Wednesday, September 19, 2007
Hari ini dan Jalan TAR
Hari ini mc, setelah hampir 2 minggu kerja tanpa rest rasanya nak rehat satu hari, hantar baju kat Hj Omar Ali sebab kolar baju agak ketat, itupun diaorang kata nanti kalau dah pakai lama-lama kembang sendiri, diorang ingat baju melayu ini macam t shirt round neck ke? aku suruh gak diorang repair bukan apa, dah bertahun-tahun aku tempah baju kat situ dari baju nikah, kahwin sampailah baju raya tak pernah ada masalah pun.
Masuk hari ini dah 7 hari berpuasa, alhamdulillah setakat ini tak pernah miss lagi terawih, seronok terawih ini sebenarnya. Terawih ni pun kalau ikut masksudnya dalam BM ialah berihat, jadi sembahyang terawih ini kira sembahyang yang merihatkan.Secara peribadi aku setuju sangat sebab selalunya kalau buka puasa yang kenyang gila, lepas sembahnyang terawih mesti OK punya.
Di syurga nanti ada satu pintu yang bernama Ar Rayyan, dimana dipintulah itulah orang-orang yang berpuasa akan melaluinya untuk kesyurga, sedikit petikan dari ustaz yg memberi tazkirah sempena ramadhan.
Sunday, September 9, 2007
Selepas Pindah

Dah agak lama jugak tak posting...semenjak pindah rumah dan talian talepon dan streamyx aku pun pindah sekali, tapi yang teruknya dekat sebulan baru activate itupun lepas tiap-tiap malam selama 2 minggu aku talepon customer service, patutlah ramai yang cakap sreamyx ni indah nama dari rupa.
Masuk hari ini dah 25 minggu 1 hari orang rumah aku mengandungkan anak kedua kami, segala alah dan ketidakseleraanya dah hilang diganti dgn sedap dan enak saje. Selera aku macam biasa...tetap maintain.Itu hari pegi details scan kat Puchong medical center...alhamdullilah semuanya in good condition...Semoga Allah memudahkan perjalanan anak kami ini dan semoga dia menjadi manusia yang berguna untuk agamanya, keluarganya dan negara. Insyallah.
Sunday, July 22, 2007
BlogScope-Search blog's Content

BlogScope is an analysis and visualization tool for blogosphere which is being developed as a research prototype at the University of Toronto. It is currently tracking over 10.58 million blogs with 83.71 million posts. BlogScope can assist the user in discovering interesting information from these millions of blogs via a set of numerous unique features including popularity curves, identification of information bursts, related terms, and geographical search.


Thursday, July 19, 2007
The News Room - Make money with news content
The News Room menyediakan satu perkongsian unik kepada semua website atupun blog dalam bentuk memaparkan berita-berita daripada The News Room. Kandungan berita ini yang berbentuk video,content atau image akan diperkongsikan melaui kaedah yang dipanggil 'mashing'.Ini merupakan satu lagi kaedah 'make money online' yang menggunakan video interaktif sebagai medium,dengan menggunakan kaedah ini blog atau vblog kita tentu lebih menarik dan canggih.
Kita akan dibayar untuk melakukan aktiviti 'mashing' ini dan kandungan berita ini haruslah dipaparkan di blog kita. Pembayaran akan dibuat derdasarkan :
- CPM (dibayar bedasarkan kuantiti impression daripada pengunjung blog kita)
- Kita juga akan dibayar sekiranya video yang terpapar blog kita di mash kan dan dipaparkan diblog orang lain.
1. Register di The News Room
2. Pemilihan berita boleh dipilih dari kategori tab yang berada diatas atau melalui carian di search box.

3. Kita boleh view video tersebut untuk memastikan ia menarik atau tidak, kita juga boleh terus mendapatkan embed code dgn meng'klik' butang mash.
4.Copy embedded code yang terpapar dan pastekan diblog anda sebagai posting.
5.Di bawah ini adalah contoh video yang telah dipostingkanThe revolutionary of viral mashing technology allows licensed news feeds and stories to be “mashed” from TheNewsRoom and legally embedded on your website or blog. From your site, the content can then be redistributed to an infinite number of additional sites.

It's Easy to Get Started
All you do is click on the Mash button and follow the easy step-by-step process to embed the feed or story on your site. We provide a tracking system and dashboard that records where the feeds and stories have traveled on the Web and how often they are viewed.
Get Paid
All content is accompanied by advertising. Each time the news mashed from TheNewsRoom is viewed on your site, you earn a guaranteed CPM (cost per thousand impression). You also earn money when someone mashes content from your site and it is in turn viewed on their site.
Siapa kata lelaki tak suka anak patung
Siapa kata budak lelaki tak suka pada anak patung? Ungkapan ini mungkin boleh menimbulkan pelbagai persepi dikalangan masyarakat.mungkin ada yang bersetuju dan ada yang keberatan untuk mengatakan bermain dengan anak patung adalah satu perbuatan yang normal.
Di Jepun muncul satu trend baru yang memeranjatkan dimana ramai lelaki di negara matahari terbit itu yang memilih pasangan hidup dari kalangan anak patung, Reuters melaporkan seorang lelaki berumur 45 tahun mempunyai beratus anak patung dirumahnya, dengan kos yang melebihi USD170,000 beliau memilih anak patung sebagai teman hidup, beliau menyatakan bahawa anak patung itu adalah teman yang setia dan tidak akan pernah curang, jelas beliau sambil memegang tangan anak patung tersebut sambil menonton TV.
Agak mengerikan apabila melihat keadaan rumah tersebut yang dihuni beratus anak patung yang menyerupai manusia.
Adakah ini satu lagi kepincangan psikologi yang melibatkan moral manusia dalam mengharungi dunia serba moden yang sangat mencabar bukan sahaja dari segi fizikal tapi juga kerohanian yang makin tercalar.
Survival Tips

The indispensable, indestructible guide for surviving life's sudden turns for the worse
Step by step guides how to survive a high rise hotel fire, Spend a minute to visit this site possibly can save your or someone you loved life's.
Visit survival kit http://survival-kit.blogspot.com
Saturday, July 14, 2007
Rate your post
What is Spotback?
Spotback is a personalized rating system that recommends relevant content based on personal rating history using collaborative filtering and aggregated knowledge technologies..
Add the Spotback widget to your website and allow users to rate everything you publish! Your visitors will enjoy personalized recommendations and referrals to additional content on your site. The widget is free, easy to install and guaranteed to improve your online experience and increase page loads. Instantly add...* Content recommendation
* Rating tools
* Top stories
* Tag cloud
How to survive a heart attack when alone
The Scenario
Let's say it's 6.15pm and you're driving home ( alone of course ) after an unusually hard day on the job, you're really tired and frustrated.
You're really stressed and upset with your boss...suddenly you start experience severe pain in your chest that's tarts to radiate out into your arm and up into your jaw.You are only five miles from the hospital nearest your home.Unfortunately you don't know if you'll be able that
make it that far.
WHAT TO DO?
You have been trained in CPR, but the guy that taught the course did not tell you how to perform it on yourself.
How to survive a heart attack when alone
Since many people are alone when they suffer a heart attacked, without help, the person whose heart is beating improperly and who begins to feel faint, has only about 10 second left before losing conscious.
WHAT TO DO? Find out at http://survival-kit.blogspot.com
Friday, July 13, 2007
Lilypie-count down your special day

Tiada masalah mengingati tarikh dengan Lilypie, kita boleh menggunakan widget yang telah disediakan oleh Lilypie sebagai countdown atau penanda aras kepada perkara penting yang perlu diingati seperti menunggu kehadiran anak, penanda aras penyusuan ibu, anniversary perkahwinan, tarikh harijadi dan lain-lain lagi, sepertimana saya telah meletakkan widget Lilypie untuk mengikuti perkembangan bakal anak saya, sebelum ini saya selalu terlupa tentang progress nya dan kerap kali disindir oleh isteri saya, tetapi dengan meletakkan widget Lilypie ini diblog dan desktop komputer saya masalah ini dianggap beres...malah isteri saya kagum bahawa saya boleh ingat dgn tepat siap dgn berapa minggu, hari dan juga berapa hari lagi untuk bersalin.Terima kasih Lilypie
Thursday, July 12, 2007
1,000,000 links

Dengan meletakan link kod dibawah, klik pada link tersebut, web atau blog anda akan mendapat pertukaran link dengan 1,000,000 link sert merta.

Monday, July 9, 2007
Send free sms worlwide
Mahalnya..telepon sekejap pun mahal...hantar sms pendek pun bayar sama...macamana ni kredit dah habis? Jika anda tergolong dalam golongan yang mengeluh ini ada baiknya anda baca lebih lanjut sebab kini mobik menyediakan perkhidmatan menghantar sms secara percuma...diulang sekali lagi PERCUMA.Anda boleh menghantar sms dari telefon bimbit ke telefon bimbit atau dari komputer ke telefon bimbit secara percuma tanpa had,di mana sahaja dan tak kira masa. Bukan tu sahaja...ada lagi...anda diberi ganjaran apabila menggunakan perkhidmatan mobik ini. WOW! menarik bukan, dahlah percuma ada ganjaran pulak!
Ganjaran yang diberikan oleh mobik berupa point atau mata ganjaran.Anda akan diberi point sekiranya :-
Invite a friend. Every time one of your friends joins mobiK, we will give you 100K. Inviting friends is easy. Just click here and choose who you want from your regular email contacts list. | |
Complete a survey. mobiK asks its members to help with surveys so that our service delivers what you want. Every time you fill in a survey questionnaire, we will give you 500K. Surveys coming shortly. | |
Win a competition. mobiK challenges the ingenuity of the online mobile generation with regular competitions and promotions. Our prizes are in K, so you choose your own reward. |
Sunday, July 8, 2007
Survival Tips

The indispensable, indestructible guide for surviving life's sudden turns for the worse, Spend a minute to read this site possibly can save your or someone you loved life's.
New post in survival kit, how to determine if your date is an ax-murderer. Find out at http://survival-kit.blogspot.com
Add This - Social Bookmarking

Dengan meletakan widget addthis ke website anda ia dapat membantu pengunjung menyimpan dan mempromosikan website atau blog anda kepada social bookmarking atau feed reader services.
Benefits of AddThis Widget
- Easy Bookmarking - Makes it very easy for your visitors to bookmark your website or blog, and subscribe to your feeds (support most bookmarking and feed reader services)
- Social Traffic - Helps your visitors promote your website or blog to the social bookmarking services, which will bring back more traffïc to your website or blog.
- Less Clutter - Saves real-estate and reduces confusion on your website. You just put one button; we worry about all the other buttons for you.
- Statistics - Provides valuable statistics showing what content your visitors bookmark the most on your website or blog, over various time periods (and more soon)
- Free - All this is completely free, and will remain free.
![]() | |
VBlog for MMA
MMA atau mix martial art adalah satu sukan tempur yang mengabungkan banyak jenis seni mempertahankan diri seperti boxing, tae kwon do, karate, judo, muay thai, kickboxing, jujitsu, wrestling, roman greco dan banyak lagi. Ia agak berbeza dengan sukan tempur yang lain seperti boxing yang menghadkan kepada penggunaan tangan sahaja manakala MMA tidak terbatas dan lebih kepada gaya bebas bergantung kepada kepakaran ahli tempur tersebut.Untuk mengupas lebih lanjut saya sedang menyiapkan header yang akan digunakan untuk blog terbaru saya, blog ini lebih kepada konsep vblog atau video blog. Tunggu kemunculanya tak lama lagi..... http://mixmartialart.blogspot.com
Saturday, July 7, 2007
popuri.us to check polpularity

popuri.us merupakan satu tools untuk melihat tahap kepopularan sesuatu website berdasarkan tahap rangkingnya, social bookmarking, subsciber dan lain-lain lagi.
Caranya sangat mudah:
1. Pergi http://www.popuri.us
2. Masukkan url website dan click get info button
3. Result popularity sesuatu website akan keluar spt di bawah:
Anda juga boleh meletakkan widget popuri.us kedalam blog atau website anda memberitahu pengunjung tahap kepopularan website anda.

Thursday, July 5, 2007
Share video dapat duit
Siapa yang tak tau tentang youtube?, saya rasa semua orang tahu dan youtube menjana keuntungan berjuta-juta USD daripa google adsense hanya dengan menghostkan video orang lain secara percuma.
The videosense pula menyediakan satu platform percuma bagaimana dengan menggunakan video-video dari youtube dan google video membolehkan kita menjana pendapatan.Caranya sangat mudah, anda hanya perlu mendaftar dan letakkan kod google adsense anda dan anda akan mendapat satu website video seperti ini
Apabila anda telah mendaftar dan mendapat website , tugas anda hanya melayari youtube atau google video dan jika terdapat video yang rasanya menarik uploadkan ke website thevideosense anda.
Oleh kerana peluang ini adalah percuma, tak ada rugi rasanya kalau kita mencuba dalam usaha mempelbagaikan penjanaan pendapatan internet kita. Join Now!
Monday, July 2, 2007
Share a sales affiliate program
shareasale.com adalah atu affiliate program yang menyenaraikan pelbagai jenis produk dari pelbagai merchant yang berdaftar dibawahnya meliputi semua kategori spt electronics,financial,automotive dan banyak lagi. Disni juga terdapat pelbagai jenis ganjaran seperti pay per sale, pay per lead dan pay per click bergantung kepada jenis produk dan merchant.
shareasale.com allows independent and corporate websites the opportunity to match their existing content with links to other websites, and get paid for it.
Basically, you sign up for shareasale.com, browse through our available Merchant programs, and select the ones that are best for you.
Whenever someone goes to your site, clicks through a banner that you selected from shareasale.com, you earn money. A portion of that sale, or a fixed amount for a lead or hit.
shareasale.com it's FREE! and you can start earning cash from your website today!
Sign up today by click the banner
Sunday, July 1, 2007
Adgridwork
adgridwork is a free advertising network and text link exchange.
Why use adgridwork to advertise your website?
- It's 100% free. No payments. Ever.
- Increase your traffic. We have thousands of sites on our network all ready and waiting to advertise your website or product.
- Improve your search engine rankings. Our network of advertisers provides links to your sites which are vital to increasing your rankings.
- We have attractive advertisement blocks AND text links. Most people are blind to the traditional AdSense ads. Our ads are fresh, simple and appealing to the eye.
- Promote to a targeted audience. You can define exactly what types of sites you want your advertisement to appear on.
- Registration and setup is a snap. Our service is completely user-friendly.
- Free metrics and tracking tools for webmasters. We provide your with detailed information on the users viewing your advertisements and websites.







