Hari ini confirm aku dah kuarkan Istiqamah.blogspot dari mybloglog sebab Istiqamah dah jadi blog peribadi aku, utk aku luahkan perasaan, buat sajak, menulis dan lain-lain lagilah.Sebelum nie aku cuba jadikan Istiqamah agak berbaur commercial dgn google adsense,affiliate program dan lain-lain lagi tapi niat dah berubah sebab aku rasa aku perlukan platform untuk menerobos dan bermain dgn naluri dan minda melalui pemeluahan bermediumkan tulisan.
Hari ini training dgn Mr. C Akagi dari Sanyo Denken, orangnya dah tua tapi kojo laie, umur dia 58 tahun.Dia ajar pasal basic troubleshooting pada machine WIT, Vacuum WIT and Panarobot . Walaupun dah hampir 5 tahun aku tinggalkan tapi rasa-rasanya boleh ingat balik, tapi apa-apa hal pun kene study baliklah semua tu, maklumlah sekarang nie semua dah digital berbanding masa aku datang keje dulu semuanya analog.
Secara peribadi aku nak ucapkan tahniah kpd kawan aku yusri diatas pelancaran websitenya yang pertama visionmastery, secara tak langsung ia mambakar semangat aku untuk terus menerobos dunia perniagaan internet.Semoga beliau dan aku akan berjaya manjadi internet entrepreneur yang berjaya mendatangkan hasil....Insyallah.Dan terimakasih juga pada dia sebab letakkan link survival kit di blog visionmastery.
Oh ya,sempena nak raya nie aku dah letakkan video tentang Jalan TAR dalam video corner.
Tuesday, October 9, 2007
Malam ke 28
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment