Lilypie Expecting a baby PicLilypie Expecting a baby Ticker

Wednesday, September 19, 2007

Hari ini dan Jalan TAR

Hari ini mc, setelah hampir 2 minggu kerja tanpa rest rasanya nak rehat satu hari, hantar baju kat Hj Omar Ali sebab kolar baju agak ketat, itupun diaorang kata nanti kalau dah pakai lama-lama kembang sendiri, diorang ingat baju melayu ini macam t shirt round neck ke? aku suruh gak diorang repair bukan apa, dah bertahun-tahun aku tempah baju kat situ dari baju nikah, kahwin sampailah baju raya tak pernah ada masalah pun.

Masuk hari ini dah 7 hari berpuasa, alhamdulillah setakat ini tak pernah miss lagi terawih, seronok terawih ini sebenarnya. Terawih ni pun kalau ikut masksudnya dalam BM ialah berihat, jadi sembahyang terawih ini kira sembahyang yang merihatkan.Secara peribadi aku setuju sangat sebab selalunya kalau buka puasa yang kenyang gila, lepas sembahnyang terawih mesti OK punya.

Di syurga nanti ada satu pintu yang bernama Ar Rayyan, dimana dipintulah itulah orang-orang yang berpuasa akan melaluinya untuk kesyurga, sedikit petikan dari ustaz yg memberi tazkirah sempena ramadhan.

Sunday, September 9, 2007

Selepas Pindah


Dah agak lama jugak tak posting...semenjak pindah rumah dan talian talepon dan streamyx aku pun pindah sekali, tapi yang teruknya dekat sebulan baru activate itupun lepas tiap-tiap malam selama 2 minggu aku talepon customer service, patutlah ramai yang cakap sreamyx ni indah nama dari rupa.

Masuk hari ini dah 25 minggu 1 hari orang rumah aku mengandungkan anak kedua kami, segala alah dan ketidakseleraanya dah hilang diganti dgn sedap dan enak saje. Selera aku macam biasa...tetap maintain.Itu hari pegi details scan kat Puchong medical center...alhamdullilah semuanya in good condition...Semoga Allah memudahkan perjalanan anak kami ini dan semoga dia menjadi manusia yang berguna untuk agamanya, keluarganya dan negara. Insyallah.