Lilypie Expecting a baby PicLilypie Expecting a baby Ticker

Tuesday, October 30, 2007

Automobile Secret

Dapat satu email hari nie, agak menarik walaupun disaat aku postingkan post ini aku pun tak pasti dan blum check lagi keta aku.Walaumacamnapun naluri aku mengatakan betul dan terpanggil nak diabadiakan dalam istiqamah.

The Worlds Best Kept Auto Secret.

I have been driving (legally) for over half a century. One would think I would have noticed the little secret on my dash that was staring me right in the face the whole time. Well, I didn't and I bet you probably haven't either.

Quick question, what side of your car is your gas tank filler cap? If you are anything like me, you probably can't remember right away. My solution is to uncomfortably stick my head out the window, strain my neck and look. If you don't do this in your own car you more than likely have done it in a borrowed or rental car.

Well ladies and gentlemen, I'm going to share with you my little secret so you will no longer look like Ace Ventura on your way to the gas station, or put your neck at risk of discomfort or injury.

If you look at your gas gauge, you will see a small

icon of a gas pump. The handle of the gas pump will extend out on either the left or right side of the pump. If your tank filler pipe is on the left, the handle will be on the left. If your filler pipe is on the right, the handle will be on the right (see photo below). It is that simple!

I don't know how you feel about this discovery right now but when I found out this morning , I felt pretty damn cheated!

Why don't the dealers share such important information with car buyers? I don't understand why this isn't in the driver's/owner's manual? And why don't our favorite mechanics think of mentioning this to us all? The only possible explanation can be that all these people probably don't even know themselves!


Saturday, October 27, 2007

Selepas Raya

Hari ini 16 Syawal, dah lebih kurang 2 minggu aku balik dari kampung berhari raya,pelbagai kenangan yang dicoretkan selama hampir 6 hari cuti raya, tahun ini aku beraya kat Pontian dan raya ketiga baru balik Tampin.Tahun depan raya pertama kat Tampin dan insyallah Akak dan Danny akan balik beraya. Dan Insyallah tahun depan Rayyan pun akan beraya sekali,bertambah-tambah keceriaan kami sekeluarga.

Sebenarnya banyak yang aku nak tulis, macam-macam kenangan yg aku nak abadikan kat istiqamah nie, tapi sebab aku amik masa lama sangat nak tulis byk dah lupe, kalau balik hari tu terus tulis mungkin banyak yang boleh aku ingat....tapi walaumacamanapun syukur kpd Allah kerana mengurniakan syawal yang sentiasa mengembirakan untuk diraikan bersama-sama isteriku, emak abah,adik beradik,anak saudara dan ramai lagik.


5 jejaka handsome anak En. Mat Som berhari raya.


Isteriku sedang mengagih-agihkan duit raya dikalangan anak-anak saudaranya yang berjumlah 15 orang ( seronok jadi budak-budak yek )



SELAMAT HARI RAYA...MAAF ZAHIR DAN BATIN...BERTEMU DI SYAWAL YANG LAIN.

Thursday, October 11, 2007

Balik Kampung

Hari ini 30 Ramadhan dan insyallah esok satu syawal, plan pagi ini lebih kurang pukul 2 atau 3 pagi ingat nak balik kampung, balik Tampin dulu lepas buka akan bertolak ke Pontian. Cuti cuma 5 hari ,17th Oct dan start kojo. Walaumacamanapun alhamdullilah ada cuti dan alhamdullilah juga sebab dapat berpuasa 30 hari tanpa masalah. Rayyan pun macam biasa je bulan puasa nie mula-mula je tak berapa active waktu siang tapi lepas buka kembali bertenaga.

Sempena Hari Raya aku selitkan video klip lagu raya bertajuk "Suasana Hari Raya" nyayian Annuar dan Ellina. Ini merupakan antara lagu 'mesti' bila muncul hari raya.

SELAMAT HARI RAYA....MAAF ZAHIR DAN BATIN




Wednesday, October 10, 2007

Bahasa Terindah

Lagu yang mempunyai keindahan alunan muzik dgn bersulamkan bahasa yg cukup puitis.Gabungan yang cukup mantap yang membuatkan aku terpukau, terpesona, sebak setiap kali mendengarnya. Bahasa terindah antara lagu terbaik pada aku.



Yang diucap dalam bahasa terindah
Jawapan yang bertanya didengar nabi
Antara kagum dan khusyuk setiap...ayatnya

Lereng gunung menjadi amat sunyi
Suara saja tegas bergema
Disampai arah berkias maksud serentak
Tapi jelas intinya

Tidak sedetik pun Allah menghina
Atau mencemuh nabi disisi segala didoa
Dipenuhi segala yang dipinta...
Tulus dan penuh barakah.

Yatim ia tak berlindung
Tidakkah tersedia juga bumbung baginya
Awal begitu bergantung
Kini tidakah merdeka...bebas hidupnya

Artis : Ramli Sarip
Lagu : Ramli Sarip
Lirik : A Samad Said


Tuesday, October 9, 2007

Malam ke 28

Hari ini confirm aku dah kuarkan Istiqamah.blogspot dari mybloglog sebab Istiqamah dah jadi blog peribadi aku, utk aku luahkan perasaan, buat sajak, menulis dan lain-lain lagilah.Sebelum nie aku cuba jadikan Istiqamah agak berbaur commercial dgn google adsense,affiliate program dan lain-lain lagi tapi niat dah berubah sebab aku rasa aku perlukan platform untuk menerobos dan bermain dgn naluri dan minda melalui pemeluahan bermediumkan tulisan.

Hari ini training dgn Mr. C Akagi dari Sanyo Denken, orangnya dah tua tapi kojo laie, umur dia 58 tahun.Dia ajar pasal basic troubleshooting pada machine WIT, Vacuum WIT and Panarobot . Walaupun dah hampir 5 tahun aku tinggalkan tapi rasa-rasanya boleh ingat balik, tapi apa-apa hal pun kene study baliklah semua tu, maklumlah sekarang nie semua dah digital berbanding masa aku datang keje dulu semuanya analog.

Secara peribadi aku nak ucapkan tahniah kpd kawan aku yusri diatas pelancaran websitenya yang pertama visionmastery, secara tak langsung ia mambakar semangat aku untuk terus menerobos dunia perniagaan internet.Semoga beliau dan aku akan berjaya manjadi internet entrepreneur yang berjaya mendatangkan hasil....Insyallah.Dan terimakasih juga pada dia sebab letakkan link survival kit di blog visionmastery.

Oh ya,sempena nak raya nie aku dah letakkan video tentang Jalan TAR dalam video corner.


Monday, October 8, 2007

27 Ramadhan

Hari dah masuk 27 Ramadhan, maksudnya 3 hari lagi insyallah menjelang syawal, dua bulan yang rasa-rasanya hampir semua orang islam tau sequence nya. Persiapan raya alhamdullilah sedehana aje, tak boleh ligat sangat sebab jimat cermat, maklumlah maybank dah potong habis RM 2000 lebih untuk kad kredit, tinggalah RM1000 lebih je nak dibelanjakan.Nasib baik ada isteriku yg kucintai selalu, dialah yg buat budget sedetail-detailnya utk budget raya nie, mungkin ada hikmah disebaliknya ( perkataan yang selalu digunakan oleh isteriku ).

Weekend tu hari pergi jalan TAR, berbondong-bondong manusia dgn agendanya masing-masing.Hari sabtu gi jalan TAR beli tudung dan sebagainya dan hari ahad gi Sogo untuk beli baju dan kasut amirah.Aku pun tangkap sehelai seluar kat Reject shop dan 2 helai baju yang di hadiah oleh isteriku alhamdulillah.

Hari ini aku mc sebab letih bershopping, sebenarnya sekarang aku dah ditukar ke department lain, dari Prod. Engineering ke Quality Control Maintenance, 18th oct lepas raya nanti Mr. Tsubokawa akan datang untuk carried out training, Idea utk organized balik QC maint nie datang dari dialah sebab tu hari dia datang buat inspection pada Quality machine and instrument banyak yang problem,out of spec,bypass dan lain-lain lagi, sebab tu dia report pada Mr. Imai dan dilobi oleh Jason Doss untuk wujudkan balik QC maint ini memandangkan keadaan quality di market yang makin buruk.Pada aku dan macamana selalu hanim cakap "Pasti ada hikmah disebaliknya,aku redha" walaupun aku lebih senang bekerja di Prod. Engineering tapi dalam suasana kilang yang baru pasti Allah lebih mengetahui apa yg terbaik untuk hambanya...insyallah.

Lagi 76 hari lagi insyallah kami akan dipertemukan dengan putera kami, dan dengan rendah diri kami akan menamakanya sebagai Rayyan Amsyar. Rayyan bermaksud disyurga nanti akan ada satu pintu dimana orang-orang yang berpuasa akan melaluinya dan amsyar bermaksud 'yang cergas', dan semoga rayyan amsyar nanti membawa kebaikan kepada agamaya,keluarga dan negara.Insyallah Rayyan yek!

Agak panjang jugak coretan aku kali ini maklumlah dah lama tak menulis,maklumlah bulan puasa nie tak ade mood sangat nak blogging.