Hari ini pegi Pusrawi utuk periodical check up seperti yang dischedulekan, semalam pegi kelinik kesihatan Kelana Jaya untuk tujuan yang sama, perkembangan R bagus, diameter kepalanya kalau ikut scanner lebih kuang 9.2cm. Dr. Zul kata R mungkin besar berdasarkan perkembagannya yang melangkaui drp umur kandungan, tetapi semuanya OK alhamdulillah...
berbincang dgn Dr. Zul tentang waktu yg sesuai utk kelahiran R, Insyallah dan dgn izinya jua penetapan tarikh ialah pada 7th Dec 2007 8.00am lebih kurang 16 hari lagi kalua kira dari hari nie. Semoga semuanya berjalan seperti yang dirancang.
Dalam posting kali ini aku guna R sebagai kata ganti nama baby kami, sebabnya tadi masa kat Pusrawi jumpa Mie panjang ngan Yati ( bininya ). Dia cakap anaknya yg sulung yg pompuan tu dulu masa scan nampak lelaki,kuar-kuar je pumpuan.Kalau ikut scan yg Dr. Zul dan Dr. Raja kat KPMC buat R nie lelaki tetapi sesungguhnya hanya Allah yg lebih mengetahui dan aku tak kisah dan berharap semuanya sihat dan dipermudahkan....Insyallah.Kalau lelaki kami akan namakan Rayyan Amsyar dan kalau pompuan Ain Raihana.
“Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat, dan Dialah yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya esok. Dan tiada seorangpun
yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (Surah Luqman: Ayat 34)
Wednesday, November 21, 2007
Check Up at Pusrawi
Saturday, November 17, 2007
Monday, November 12, 2007
1957 Hati Malaya
1957 Hati Malaya, filem terbaru dari Suhaimi Baba.Tengok kat TGV Sunway Pyramid semalam, terjumpa lak ngan Kak Teh sekeluarga...apa lagi terus kirimlah tiket sebab KAk Teh pun tengah beratur.Rayyan lak sentiasa aktif sepanjang filem tu ditayangkan,mungkin dgr MERDEKA! MERDEKA! le tu yang jadi bersemangat tu.
Filem sejarah yang bagus dari segi penceritaan dan garapan watak,pelakon yang bawak watak Tunku dan Datuk On walaupun tak terkenal tapi bagus lakonannya. Dari segi kostum dan background music bagus terutamanya lagu-lalu R Azmi yang sentiasa penyedap halwa telinga yang begitu sinonim dgn muzik tahun 50 an.Cuma agak kurang dari aspek lokasi kerana scene ditempat-tempat bersejarah banyak meggunakan teknik tampalan kesan khas atupun CGI yang tidak berapa menjadik.Memang tak adil kalau nak menyamakan filem Malaysia ngan filem Hollywood terutamaya dari segi kos dan teknik pembuatan tapi pada aku teknik CGI filem Malaysia yg terbaik ialah filem Cicakman.Mungkin kalau Suhaimi Baba menggunakan kepakaran KRU Film aku rasa filem ini lagi umpphhh...Tapi agak menyedihkan jugak sebab aku tengok sambutan filem ini tak seperti yg aku harapkan.Dalam pangungpun nampak kosong je.tak taulah kat mana silapnya samada strategi pemasaran ataupun memang mentaliti orang Melayu yang lebih sukakkan cerita mudah 'OTAI' daripada cerita bermesej spt '1957 HATI MALAYA'.
Tahniah kepada Suhaimi Baba dan krew Pesona Pictures yang berani mengambil risiko 'tidak mengguntungkan' dan 'tidak komersial' dalam menjayakan filem yang mengimbau secara audio dan visual sejarah kemerdekaan negaraku MALAYSIA yang dicintai.
Friday, November 9, 2007
Rumah Terbuka Kami
Alhamdulillah perancangan open house kami ( Bandak dan aku ) telah berjaya dilaksanakan semalam.Aku tempah kek lapis Sarawak ngan puding cendol dari Mat...sedap gak.Banyak gak menu yang disediakan oleh Isteriku dan Kak lia diantaranya nasi minyak,nasi impit,ayam masak kurmak,rendang paru,acar buah,pengat pisang dan kuah kacang. Hanim lak masak western stail, spaghetti bolognese dan fattuchuini carbonara ( klu tak silap spellingnya...).Tugas aku lak membuat air-airan, cocktail buah-buahan dan juga air asam boi jadi pilihan, tapi agak malang kerana air asam boi tak berapa dapat sambutan.Kuihnya plak kuih seri muka, puding cendol, kek lapis Serawak dan karipap disamping kuih-kuih raya yang lain.
Kehadiran tetamu agak menggalakan, Banchik dan family, Kak Teh and family, Along and family,Abg Din, Awin, Zures, Eda dan Zaidi,G and Wan Shuk.
Monday, November 5, 2007
Open House
Posted by
Tiger
at
11:11 PM
0
comments
Labels: http://www.blogger.com/img/gl.align.left.gif, My Closet
