Lilypie Expecting a baby PicLilypie Expecting a baby Ticker

Monday, November 12, 2007

1957 Hati Malaya

1957 Hati Malaya, filem terbaru dari Suhaimi Baba.Tengok kat TGV Sunway Pyramid semalam, terjumpa lak ngan Kak Teh sekeluarga...apa lagi terus kirimlah tiket sebab KAk Teh pun tengah beratur.Rayyan lak sentiasa aktif sepanjang filem tu ditayangkan,mungkin dgr MERDEKA! MERDEKA! le tu yang jadi bersemangat tu.

Filem sejarah yang bagus dari segi penceritaan dan garapan watak,pelakon yang bawak watak Tunku dan Datuk On walaupun tak terkenal tapi bagus lakonannya. Dari segi kostum dan background music bagus terutamanya lagu-lalu R Azmi yang sentiasa penyedap halwa telinga yang begitu sinonim dgn muzik tahun 50 an.Cuma agak kurang dari aspek lokasi kerana scene ditempat-tempat bersejarah banyak meggunakan teknik tampalan kesan khas atupun CGI yang tidak berapa menjadik.Memang tak adil kalau nak menyamakan filem Malaysia ngan filem Hollywood terutamaya dari segi kos dan teknik pembuatan tapi pada aku teknik CGI filem Malaysia yg terbaik ialah filem Cicakman.Mungkin kalau Suhaimi Baba menggunakan kepakaran KRU Film aku rasa filem ini lagi umpphhh...Tapi agak menyedihkan jugak sebab aku tengok sambutan filem ini tak seperti yg aku harapkan.Dalam pangungpun nampak kosong je.tak taulah kat mana silapnya samada strategi pemasaran ataupun memang mentaliti orang Melayu yang lebih sukakkan cerita mudah 'OTAI' daripada cerita bermesej spt '1957 HATI MALAYA'.

Tahniah kepada Suhaimi Baba dan krew Pesona Pictures yang berani mengambil risiko 'tidak mengguntungkan' dan 'tidak komersial' dalam menjayakan filem yang mengimbau secara audio dan visual sejarah kemerdekaan negaraku MALAYSIA yang dicintai.

No comments: