Alhamdulillah perancangan open house kami ( Bandak dan aku ) telah berjaya dilaksanakan semalam.Aku tempah kek lapis Sarawak ngan puding cendol dari Mat...sedap gak.Banyak gak menu yang disediakan oleh Isteriku dan Kak lia diantaranya nasi minyak,nasi impit,ayam masak kurmak,rendang paru,acar buah,pengat pisang dan kuah kacang. Hanim lak masak western stail, spaghetti bolognese dan fattuchuini carbonara ( klu tak silap spellingnya...).Tugas aku lak membuat air-airan, cocktail buah-buahan dan juga air asam boi jadi pilihan, tapi agak malang kerana air asam boi tak berapa dapat sambutan.Kuihnya plak kuih seri muka, puding cendol, kek lapis Serawak dan karipap disamping kuih-kuih raya yang lain.
Kehadiran tetamu agak menggalakan, Banchik dan family, Kak Teh and family, Along and family,Abg Din, Awin, Zures, Eda dan Zaidi,G and Wan Shuk.
Friday, November 9, 2007
Rumah Terbuka Kami
Juadah dari pandangan atas
Special close up untuk boot Aisyah.....Pink sangatlah Mak Ngah
Akhir kata aku dan bandak sebagai host bersama mengucapkan terima kasih kpd senua tetamu yang hadir dan memohon maaf sekiranya berlaku kekurangan. Yang baik dari Allah s.w.t dan yang kurang dan silap datang dari kelemahan kami sendiri. Selamt tinggal Syawal,insyallah berjumpa di tahun hadapan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment