Siapa kata budak lelaki tak suka pada anak patung? Ungkapan ini mungkin boleh menimbulkan pelbagai persepi dikalangan masyarakat.mungkin ada yang bersetuju dan ada yang keberatan untuk mengatakan bermain dengan anak patung adalah satu perbuatan yang normal.
Di Jepun muncul satu trend baru yang memeranjatkan dimana ramai lelaki di negara matahari terbit itu yang memilih pasangan hidup dari kalangan anak patung, Reuters melaporkan seorang lelaki berumur 45 tahun mempunyai beratus anak patung dirumahnya, dengan kos yang melebihi USD170,000 beliau memilih anak patung sebagai teman hidup, beliau menyatakan bahawa anak patung itu adalah teman yang setia dan tidak akan pernah curang, jelas beliau sambil memegang tangan anak patung tersebut sambil menonton TV.
Agak mengerikan apabila melihat keadaan rumah tersebut yang dihuni beratus anak patung yang menyerupai manusia.
Adakah ini satu lagi kepincangan psikologi yang melibatkan moral manusia dalam mengharungi dunia serba moden yang sangat mencabar bukan sahaja dari segi fizikal tapi juga kerohanian yang makin tercalar.
Thursday, July 19, 2007
Siapa kata lelaki tak suka anak patung
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment