Niche..Niche..Niche, perkataan ini terlalu sinonim apabila kita melayari internet terutamanya berkaitan internet marketing tak kiralah samada disebut oleh internet marketer luar ataupun tempatan,apatah lagi kalau kita ingin mencari produk bagi pemasaran secara online.Tapi apa sebenarnya niche? Menurut kamus dwi bahasa Oxford Fajar niche boleh diistilahkan sebagai celah ataupun ceruk, secara tak langsung memberi gambaran bahawa pemasaran produk niche merupakan kaedah pemasaran pengkhususan yang menjuruskan kepada satu ruang pemasaran yang tertumpu.
Pencarian pasaran niche dilihat sebagai satu kaedah bagi marketer-marketer baru menanggani skop persaingan pasaran yang hebat yang selalunya telah didominasi oleh pesaing-pesaing yang terlebih dahulu membina rangkaian pemasaran dengan sokongan pelaburan yang besar.Pemasaran Niche juga dilihat sebagai pemangkin kepada marketer dalam membina jenama dan imej yang secara tak langsung meningkatkan kredibiliti mereka sebagai peneraju dalam pemasaran sesuatu produk niche yang diyakini.
Sekiranya anda ingin membeli belacan dan belacan ini ingin dijadikan hadiah untuk bakal ibu mertua dan pastinya anda ingin memilih belacan yang terbaik.Tedapat dua kedai yang bersebelahan yang menjual produk belacan tetapi perbezaan diantara kedai-kedai ini ialah kedai A hanya menjual produk belacan sahaja yang terdiri daripada pelbagai jenama,kualiti dan harga manakala kedai B pula disamping menjual belacan ia juga menjual typewiter, sayur-sayuran,tayar basikal,monitor komputer,pakaian bundle,racun rumpai dan pasu bunga.Kedai manakah pilihan anda?
Saya percaya 95% daripada anda akan memilih kedai A kerana kedai A memilih belacan sebagai produk nichenya dan secara tak langsung telah meningkatkan kredibilitinya sebagai pemasar belacan terunggul.
Sebagai contoh 'niche produk' yang dipasarkan secara konvensional ialah Al-Munawarah yang merupakan butik bagi memasarkan rekaan pakaian dan busana muslimah islam moden berlokasi di TTDI.Konsepnya mudah, menjual produk pakaian menutup aurat spt tudung,baju,anak tudung dan lain-lain lagi dgn fokus pasarannya hanya tertumpu pada wanita islam yang menutup aurat.Secara pandangan kasar produk Al-Munawarah hanya melingkari ruang pasaran yang terhad tapi sekarang ini Al-Munawarah boleh diibaratkan sebagai peneraju didalam kelasnya dan menjadi apa yang distilahkan sebagai 'big fish in the small pond'.
Dengan anggaran 6.5 billion populasi penggunaan internet seluruh dunia pasti Setiap hari ada pasaran niche baru yang diterokai, dan tidak mustahil ruang pasaran niche semakin hari semakin mengecil dan mungkin tepu.Pencarian niche yang hilang pada masa akan datang pasti akan lebih sukar dan memerlukan usaha dan teknik yang lebih.
Ingin belajar sistem affiliate niche khas untuk newbie klik sini
Saturday, June 2, 2007
Mencari Niche Yang Hilang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment